Saturday 14 March 2015

Hidup Seorang Junior Baker

Dalam x sedar dah lama saya tak berbloger..kuikuikui...dek kerana busy kerja dgn kerjaya . Hidupku seorang hoteller, aku berkerja reception di sebuah resort di Damai Luat..bagi sesiapa yg follow FB kita " Yie Ismail" akan tahu bagai mana saya ..hehehe..Apa khabar warga blogger sekalian...rindu jugak nak blogger balik. Lepas ni kena selalu lah rajin kan dri berblog kan ..x agithuhh...kan..

Berbalik pada Hidup Seorang Junior Baker... sebelum itu saya bahasakan diri saya "Yie" boleh...Yie mmg minat bakery dari kecil lgi, bila time puasa je..bila mak nak buat kuih raya atau biskut raya, Yie pasti akan kacaunya..kalau x sepah dapur 2 bukan Yie lah..hehehehe.

Sampai sekarang Yie masih..berbakery tapi bila balik kampung je..coz time keja xda masa nak bebakery bagai... Sebenar nye memasak atau baker ni mmg minat utama, mmg berniat nak jadi chef terkenal seperti " Chef Wan" oommggg Yie mmg minat dia gila2..haha..tapi bila Yie belajar dploma amik kos pengurusan hotel.. so minat tersebut menjadi hobi sambilan saja..sedih kan.. :( :( .., tapi Yie tetap berazam akan buka kedai bakery kecil. InsyaAllah...doa2 kan yee kawan2..Amin...

So kepada sesiapa yg berminat dgn cita yg terpendam 2 jgn lah putus asa..teruskan mana tahu rezeki, rezeki Allah amat luas.Kepada sesiapa yg berminat nak taw resepi Yie selalu masak ke baker ke..boleh pm tepi heheh..boleh like FB Yie, InsyaAllah Yie boleh share resepi baker yg selau buat..kebanyakan resepi Yie ubah skit coz kita suka try n error ..hahaha

Sekian itu sahaja Yie nak share pada blogger sekalian..harap ampun maaf kalau Yie ada buat salah silap, atau bahasa yg di guna kan kurang paham..#keepsmile #keepstrong #sahabatselamanya

Monday 10 November 2014

Assalam....lama sungguh saya tidak membuka blog..rindu pulak rasanya..hehee..harap semua sihat dah happy sekarg..Tiba-tiba sahaja rindu pada kawan time kolej dulu...Hope dapat jumpa time konvo 14-12-2014 ni..rindu sangat ni.....<3 <3 <3 I Love U My Friend

Friday 11 October 2013


TANPA DIRIMU
Biasanya aku lelap tidur...
Terbangun untuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh
Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau terlalu jauh
Kucuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku
Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu
Sayang ....
kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.

Saturday 7 September 2013

kesepian cinta
ku terdiam dalam sepi kian menyelimuti hati 

tersedar dalam sebuah mimpi yang tak pasti 
seakan hidup ku ini tak bererti 
ku cuba langkahkan kaki ini 
namun ku tak tau kemana dan di mana harus ku pijakan kaki ini 
ku cuba tu ikuti suara hati 

sampai bila ku harus terbelenggu cintamu 
yang selalu menyiksa hati kecil ku ini 
sanggupkah aku jalani hari tanpa dirimu? 
sanggupkah aku hidup dalam kesendirian hati

Wednesday 4 September 2013

AKU JANJI
Telah berulang kali aku nyatakan niat di hati untuk membaluti luka hati mu namun kau masih meragui keikhlasan cinta ku. Haruskah engkau terus menghukum para pencinta mu hanya kerana seorang kekasih yang tidak setia?

Sayang… bukalah pintu hati mu. Biarlah apa yang telah berlaku kau tinggalkan menjadi sejarah. Tidak ku minta kau lupakan sejarah itu kerana sejarahlah yang mengajar kita erti kehidupan yang hakiki. Namun ku pinta bukalah lembaran sejarah yang baru di hati mu. Penuhkanlah ia dengan cerita cinta dan kasih sayang yang baru. Aku berjanji sayang tak akan ada lagi air mata sedih yang akan mengalir lewat sepasang mata nan indah itu.

Sayang jangan takut mencuba lagi kerana kegagalan itu bukan untuk selamanya. Bila kita membiarkan ketakutan menguasai hati, kita biarkan kegagalan itu datang lagi.

Sayang… cinta pertama bukanlah cinta yang seharusnya abadi. Jika ia mampu kekal bersyukurlah tetapi bila ia pergi relakanlah. Aku tidak akan mungkin menjadi cinta pertama mu tapi biarkanlah aku menjadi cinta terakhir mu…

Tuesday 3 September 2013

SELAMAT TINGGAL SAHABAT
Satu penghidupan yang ku lalui
bersama insan mulia
yang sanggup apa saja untuk diriku
ketika waktu senang dan susah
mengharungi segala kepayahan hidup
di berada disisiku menghulurkan tangan
meringankan segala bebanan
dia sahabatku
yang tak henti nasihat dan pesanan
yang tak henti memberi sapu tangan
mengelap airmataku
dia sahabatku
ketika saat hadirmu disisiku
membahagiakan diri ini
setelah engkau tiada lagi
erti sebuah persahabatan
baru kusedari
amat tinggi dan disanjungi
sehingga akhir hayatku ini

Sunday 1 September 2013


AKU SAYANGKANMU


Jangan sesekali mengucap selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba
Jangan sesekali menyerah
jika kamu masih merasa sanggup
Jangan sesekali menyatakan kamu tidak mencintai lagi
jika kamu masih tidak dapat melupakannya